Tuesday 27 March 2012

5 Bandar terbusuk di dunia !

Di dunia ini, ada kota yang dinobatkan sebagai kota paling romantik (Paris), bandar tersibuk (New York)atau bandar terkecil (Vatican City) di dunia. Tapi ada pula yang mendapatkan reputasi buruk, salah satunya bandar yang paling bau di dunia.

Laman travel Skyscanner.com, seperti dilaporkan Courier Mail menyebut, ada lima bandar yang dianggapmempunyai aroma yang tidak sedap di dunia. Meskipun begitu, bandar ini tetap jadi salah satu destinasipelancongan yang terkenal. Tapi bandar-bandar ini tentu saja bukan pilihan pertama jika andamengharapkan bercuti di tempat dengan udara sejuk dan segar.

1. Cancun, Mexico

Cancun terkenal di kalangan para pelancong asing kerana keindahan pantai dan atmosfera yang hebat.Tapi Cancun juga popular kerana baunya yang sangat busuk. Kononnya, bau busuk di bandar pantai yang terletak di bahagian selatan Mexico ini berasal daripada bahagian bawah tanah yang berada di kawasanhotel-hotel.

 2. Venice, Itali

Bandar ini memang mempunyai reputasi sebagai sebuah bandar yang indah dan romantik. Tapi sebaiknyajangan melawat Venice di bulan-bulan musim panas. Pada tempoh itu, sistem kebersihan atau pampembersih sampah sedang melakukan tugas rutinnya. Iaitu membuang semua kekotoran terus ke saluran.Di cuaca panas, aroma yang agak 'pelik' yang menyengat.

3. Rotorua, New Zealand

Rotorua adalah sebuah bandar di tepi selatan tasik Rotorua di region Bay of Plenty, Pulau Utara New Zealand. Bandar ini terkenal dengan tempat mandian air panasnya yang hebat. Namun, para pelancongsepertinya akan sedikit terganggu dengan bau-bauan yang sepintas serupa aroma telur busuk. Hal itu disebabkan pembebasan hydrogen sulfida dari gleiser. Kerana bau belerang yang sangat busuk, Rotoruajuga dikenali dengan panggilan "Bandar Sulfur".

4. St Helen Auckland, Durham

St Helen Auckland, mungkin bukan destinasi percutian yang tepat. Tempat yang anda inginkan adalah udara yang segar. Hampir sebahagian besar pertanian tempatan menghasilkan bawang, sehingga desakecil ini pun berbau seperti bawang yang sudah tengik. Beberapa pelancong yang pernah berkunjung ke sini mengingatkan ada kalanya mereka tidak boleh meninggalkan rumah, bahkan tidak berani membukatingkap kerana bau yang sangat busuk dan menusuk hidung.

5. Côte-d'OrPerancis

Daerah di bahagian selatan Perancis ini sering berbau kurang sedap kerana ia merupakan pusat pengeluaran keju yang paling busuk di dunia. Nama keju tersebut adalah The Epoisses de Bourgogne.Baunya sangat tidak kurang menyenangkan, sehingga makanan yang satu ini dilarang untuk dibawa dalampengangkutan awam.