Monday 2 April 2012

Siapakah pencipta twitter dan facebook ?

Mungkin ramai yang dah taw siapa pencipta facebook tapi aku yakin ramai yang tak taw pencipta twitter, so untuk kali ini aku bawakan serba sedikit tentang pencipta twitter dan juga facebook.

Twitter merupakan laman sosial yang kedua terbanyak pengguna nya selepas facebook. Walaubagaimanapun, berita-berita semasa lebih cepat tersebar di twitter berbanding di facebook. Ini kerana fungsi utama laman sosial twitter adalh untuk menghantar message pendek kepada teman-teman.

* Pencipta laman sosial twitter adalah Jack Dorsey.
* Jack Dorsey merupakan seorang jurutera perisian komputer dan ahli perniagaan terkenal.
* Jack juga merupakan pengarah eksekutif kepada sebuah syarikat telekomunikasi pra-bayar yang dikenali sebagai square.
* Jack dilahirkan pada 19 november 1976 dan membesar di St. Louis Missouri. Semenjak berusia 13 tahun  Jack mempunyai minat mendalam terhadap teknologi perkongsian maklumat.
* Graduan dari New York University ini  mula mendapat idea untuk mencipta laman twitter hasil inspirasi dari teman sesawang, bolg, live journal dan perisian perbualan, AOL Instant Messenger. Dia menghasilkannya supaya pengguna mampu berkongsi mesej pendek dengan orang ramai secara serentak.



Laman sosial paling popular iaitu Facebook sering menjadi tumpuan pada masa kini. Tidak lupa juga kepada pencipta nya iaitu Mark Zuckerberg yang kini sudah pun menjadi antara jutawan termuda dunia.
* Mark Zuckerberg atau nama sebenarnya Mark Elliot Zuckerberg lahir pada 14 mei 1984. Anak kepada pasangan Edward dan Karen Zuckerberg iaitu seorang programmer komputer dan salah seorang pengusaha asal Amerika Syarikat. 
* Menjadi kay di umur nya yang muda kerana berhasil mendirikan dan mengembangkan situs jaringan sosial Facebook di saat masih kuliah dengan bantuan teman University Harvard nya iaitu Andrew McCollum dan teman sebilik nya Dustin Moskovitz da Chris Hughes
* Dia ditabalkan sebagai jutawan termuda dunia oleh Forbes
* Mark  Zuckerberg juga mendapat penghargaan Young Global Leaders.