Tuesday 3 April 2012

Top 10 Cities Most Facebook Users In March 2012

Jom sama-sama kita tinjau 10 antara bandar yang mempunyai pengguna laman sosial facebook terbanyak di serata dunia.


1. Jakarta, Indonesia
Pengguna facebook di Jakarta Indonesia di kira seramai 17,484,300 pengguna pada march 2012 yang mana merupakan nilai paling tinggi berbanding mana-mana bandar yang lain. 

2. Istanbul, Turkey
Istanbul mempunyai pengguna seramai 9,602,100 orang pengguna.

3. Mexico City, Mexico
Hanya 30% penduduk di mexico yang menggunakan facebook dengan bilangan seramai 9,339,320.

4. London, United Kingdom
Bandar utama Britain iaitu London mempunyai 7,645,680 pengguna facebook. Statistik menunjukkan hanya terdapat sedikit perbezaan berbanding jumlah keseluruhan penduduk di London dan jumlah pengguna facebook di sana.

5. Bankok, Thailand
7,419,314 pengguna facebook datang dari Bangkok yang mana merupakan Bandar metropolitan terbesar di Thailand. Bilangan pengguna facebook di bangkok lebih dari separuh daripada pengguna dacebook di serata Thailand.

6. Buenos Aires, Argentina
Bandar utama Argentina ini mempunyai seramai 6,568,940 pengguna facebook.

7. Ankara, Turkey
Negara islam ini mempunyai seramai 6,549,680 pengguna facebook. Ianya amat menarik kerana fakta bahawasanya penduduk di bandar ini lebih sedikit berbanding pengguna facebook nya.

8. Kuala Lumpur, Malaysia
Agak pelik untuk melihat negara sendiri berada di dalam list. Hal ini keran Malysia merupakan negara yang paling banyak melahirkan rasa tidak puas hati terhadap facebook, tetapi masih lagi berada di dalam carta, dengan pengguna sebanyak 6,514,780, bilangan ini melebihi separuh jumlah pengguna facebook di Malaysia.

9. Bogota, Colombia
6,400,520 adalah bilangan pengguna facebook yang ada di Bogota.Bogota merupakan bandar terbesar di Colombia dengan penduduk seramai 10 juta, ini menunjukkan lebih 60% penduduk Bogota menggunakan facebook.

10. Madrid, Spain


Mungkin anda tertanya-tanya mengapa negara seperti Amerika Syarikat dan China yang mempunyai ramai penduduk tidak termasuk dalam senarai, jangan salah faham, 10 list ini bukan berdasarkan jumlah pengguna facebook di seluruh negara tetapi iannya hanyalah di salah satu bandar dalam satu-satu negara.